Skip to main
Logo Malaysiakini

Khairy kini ahli Umno bahagian Sungai Buloh

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Khairy Jamaluddin kini menjadi ahli Umno bahagian Sungai Buloh, tempat dia bertanding dalam PRU15, dan bukan lagi di bahagian Rembau.

Khairy berkata dia memutuskan untuk memindahkan keahliannya ke Sungai Buloh kerana berasa tidak adil jika dia mengabaikan kawasan itu, setelah tewas dalam PRU lalu.

"Saya tidak suka tinggalkan begitu sahaja dan saya rasa tidak adil kepada tuan-tuan dan puan-puan, saya datang ke sini sebagai calon bidan terjun berprofil tinggi, bila tidak menang lepas itu terus cabut cari tempat lain," katanya seperti dipetik Sinar Harian, semalam.

Khairy menjadi ahli parlimen Rembau selama tiga penggal, bermula 2008.

Namun pada PRU lalu kepimpinan BN memutuskan untuk mencalonkannya di Sungai Buloh, yang merupakan kubu kuat PH.

Dia tewas dengan calon PH R Ramanan dengan perbezaan 2,693 undi.