Skip to main
Logo Malaysiakini

5,500 penerbangan batal akibat ribut salji di AS

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Lebih 5,500 penerbangan dibatalkan di Amerika Syarikat setakat petang Isnin akibat ribut salji, lapor Sputnik memetik Washington Post.

Selain itu, sekurang-kurangnya 50 kematian turut dilaporkan.

Antara negeri yang mencatatkan kes kematian ialah Colorado, Illinois, Kansas, Kentucky, Michigan, Missouri, Nebraska, New York, Ohio, Oklahoma, Tennessee dan Wisconsin.

Bandar Buffalo di timur laut negeri New York yang menyaksikan salji lebat pada hujung minggu  mencatatkan korban paling ramai.

Setakat hari ini, sekurang-kurangnya 14 orang telah meninggal dunia, menurut laporan itu.

- Bernama