Skip to main
Logo Malaysiakini

Bagaimana jurubahasa isyarat merapatkan jurang dua dunia

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sari kata tertutup penting dalam merapatkan jurang maklumat antara masyarakat yang memiliki masalah pendengaran dan orang biasa, meskipun sering dipandang remeh bagi sesetengah masyarakat. 

Bagi masyarakat pekak, penterjemah bahasa isyarat adalah penggantinya. Kebanyakan daripada kita dapat melihat kerja mereka di televisyen kerajaan, dalam perhimpunan orang ramai, dan akhir-akhir ini, di perhimpunan politik.

Di sinilah Malaysiakini menemui kerja jurubahasa bahasa isyarat Lucy Lim dan Jonah Ong - yang mengikuti ahli parlimen Segambut Hannah Yeoh dalam kempen kempen semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Persediaan rapi sebelum acara, termasuk meneliti bahan sama ada ucapan, kenyataan atau senarai kehadiran, dengan kedua-dua mereka akan bertemu secara fizikal atau melalui Zoom.

Kadangkala ia melibatkan perundingan dengan individu pekak sebagai cara terbaik untuk menyampaikan frasa atau nama tertentu.

Bukan percuma

Malangnya, bagi orang-orang seperti Lim dan Ong, penterjemahan bahasa isyarat sering disalah anggap sebagai perkhidmatan percuma dan bukannya pekerjaan berbayar.

Malah sesetengah pelanggan tidak bersetuju dengan idea berkaitan bayaran untuk titik peluh mereka itu.

Lim mendedahkan tanggapan masyarakat itu memang menyukarkan apabila dia memulakan latihannya pada1990-an.

“Profesion jurubahasa isyarat sama sekali tidak pernah didengari dan hanya segelintir daripada kami yang berjuang untuk menterjemah untuk komuniti pekak kerana kami bekerja dengan pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan.

"Masyarakat selalu melihat profesion kami sebagai 'model pembantu' - atau yang kami tafsirkan kerana kami berkhidmat kepada komuniti pekak dan bukan sebagai profesional," katanya.

Pada mulanya, Lim mempelajari bahasa isyarat daripada rakan sekerja yang pekak semasa bekerja untuk Pertubuhan Belia Pemuda Kristian (YMCA), sebuah organisasi yang turut memberi perkhidmatan kepada individu cacat pendengaran.

Selepas sepuluh tahun - kerana tiada sesi latihan di Malaysia - saya akan menterjemah sesuatu dan saya akan bertanya kepada diri sendiri, ?Betul, siapa yang akan memberitahu saya (jika ia betul atau) salah?”

“Semasa ada peluang, saya pergi ke Kanada sebagai lawatan kerja selama enam minggu, salah satu daripada banyak hal yang saya perhatikan ialah terdapat sebuah kolej bernama Kolej Grant MacEwan di mana mereka melatih orang menterjemah bahasa isyarat. Saya terkejut.

“Kami kemudian didedahkan dengan agensi untuk orang pekak, sekolah untuk orang pekak, agensi rujukan tafsir, pekerjaan untuk masyarakat dan juga pendidikan tinggi untuk mereka.

"Ia hal yang tidak boleh dilupakan dan saya sangat bersemangat untuk mengikuti kursus itu," 

Lim mengambil masa enam tahun selepas pergi ke Alberta, Kanada, untuk kembali sebagai pelajar yang diterima ke dalam program latihan jurubahasa isyarat Kolej Grant MacEwan pada tahun 1994.

“Saya adalah satu-satunya orang Asia yang dipilih melalui pemilihan pratemuduga yang ketat, video kecekapan dan pengetahuan tentang komuniti bermasalah pendengaran dan budaya mereka.

"Setiap tahun, kira-kira 100 pelajar bahasa isyarat akan memohon dan hanya pelajar terbaik sahaja yang akan dipilih," kata Lim, sambil menambah bahawa pengambilan tahunan program itu biasanya akan menerima 15 pelajar.

Lucy Lim dan Jonah Ong

Di sana, Lim meningkatkan kemahirannya dalam Bahasa Isyarat Amerika dan Bahasa Isyarat Kanada - yang mengecewakan beberapa orang di tanah air.

“Sudah tentu, apabila saya kembali, terdapat beberapa tentangan daripada jurubahasa sendiri. ‘Oh, Lim nak berlagak baru balik dari luar negara’. Ia hanya mindset (kerangka berfikir).

“Jadi apabila saya kembali, saya mengubah segalanya. Sebagai jurubahasa, anda mesti bergaul dengan komuniti yang anda berurusan, jadi saya melatih orang pekak untuk mengambil peranan (mengajar bahasa mereka di YMCA) kerana saya berkata, 'Ini adalah bahasa anda. Kami hanya meminjam bahasa anda untuk dapat memahami dalam keadaan itu’,” kata Lim.

Dibesarkan di Brickfields

Melanjutkan pelajarann di Kanada untuk menjadi penterjemah bahasa isyarat adalah jauh berbeza daripada permulaannya yang sederhana di Brickfields.

“Saya berasal dari latar belakang peranakan dan bahasa ibunda saya adalah Melayu. Saya hanya mula belajar bahasa Inggeris pada usia lima tahun daripada adik-beradik saya.

"Saya terlalu miskin untuk masuk mana-mana tadika," kata Lim, yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik.

Lucy Lim dan anggota keluarganya

Bapa lim merupakan seorang penjawat awam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan dan membesarkannya di perumahan kerajaan yang terletak di Brickfields.

“(Ayah saya) adalah satu-satunya pencari nafkah. Bagi menampung kos sara hidup, ibu saya membuat kuih nyonya, nasi lemak dan bihun goreng untuk dijual di sebuah kedai berhampiran landasan kereta api untuk para pekerja. Kami semua membantu kerja rumah dan menjual makanan istimewa.

“Pada waktu malam, ibu saya akan menjual mainan di pasar malam di Petaling Jaya. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur - Brickfields, sebenarnya - dan kini saya gembira untuk mengatakan, saya kembali tinggal di Brickfields," kata Lim.

Mengenai inspirasi terbesar dalam hidupnya, dia menyebut nama mendiang Tan Yap yang memperkenalkan bahasa isyarat dalam sistem pendidikan tempatan.

Menurut laman web Persatuan Jurubahasa untuk Orang Pekak (SID), Yap memperkenalkan bahasa isyarat pada tahun 1964, membangunkan sistem isyarat untuk mengajar Bahasa Malaysia.

Yap dikatakan memperkenalkan sekolah cacat pendengaran pertama di Malaysia di Johor Bahru, dengan memberi penekanan kepada mereka yang tercicir atau terlepas peluang untuk mendapat pendidikan yang baik.

Ekspresi muka

Memasukkan ekspresi muka ke dalam bahasa isyarat adalah satu lagi perkara yang dibawa Lim dari latihan Kanadanya.

“Saya perlu menyesuaikan istilah atau konteks yang tepat ke dalam ekspresi muka. Sudah tentu, bila pergi pengebumian akan sedih. Anda tidak boleh tersenyum sepanjang masa

“Di negara Asia, kita juga memadankan pakaian kita dengan sesuatu majlis. Jika ia perkahwinan Cina, saya akan memakai warna merah biasa,” kata Lim.

Dia percaya bahawa langkah seterusnya dalam pendidikan bagi golongan cacat pendengaran ialah mengadakan program latihan untuk jurubahasa di kolej dan universiti tempatan dengan pensijilan yang betul - memandangkan kebanyakan kelas sedia ada mengajar bahasa isyarat Malaysia dilakukan oleh NGO.

Lim turut mencadangkan agar bahasa isyarat Malaysia diajar sebagai elektif untuk semua program sarjana muda.

“(Harapan saya ialah) penterjemahan bahasa isyarat boleh menjadi satu profesion yang semakin berkembang, setiap orang mempunyai akses kepada komunikasi yang sama tanpa mengira kecacatan mereka, dan terdapat ruang untuk golongan cacat pendengaran untuk menikmati keistimewaan yang disediakan oleh negara kita, " tambahnya.

Daripada krew McDonald's kepada pakar bahasa isyarat

Bagi Ong, yang bekerja rapat dengan Lim, pertemuannya dengan golongan pekak datang secara kebetulan semasa menunggu keputusan SPM pada awal tahun 2,000.

Pada lewat usia remaja, Ong (kini 35) bekerja di McDonald's - di mana dia terserempak dengan pekerja dapur yang pekak.

“Saya berasa ingin tahu dan saya bertanya sama ada saya boleh belajar bahasa itu. Jadi setiap hari, saya akan mengeluarkan sepuluh perkataan untuk bertanya kepada rakan sekerja saya yang pekak.

“Dia melihat saya berminat dan membawa saya ke persatuan yang berurusan dengan komuniti pekak di Pulau Pinang,” kata Ong, sambil menyatakan bahawa ia berlaku kira-kira 20 tahun lalu.

"Saya mengikuti mereka, belajar bahasa isyarat sendiri hanya dengan memerhati mereka dan bertanya sama ada saya melakukannya dengan betul," tambahnya.

Ong kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur di mana dia bertemu Lim, yang membantunya berkembang menjadi penterjemah bahasa isyarat profesional secara profesional.

Lucy Lim bersama Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Ong berkata, walaupun pada masa lapang, dia kerap menonton video di YouTube yang memaparkan terjemahan bahasa isyarat untuk persembahan muzik.

"Saya suka menonton video yang menggunakan bahasa isyarat untuk menyampaikan muzik. Lagu adalah sangat peribadi! Begitulah cara orang memahami lagu dan kemudian mengubah dalam bentuk bahasa isyarat," kata Ong, sambil menambah bahawa melihat penterjemah bahasa isyarat melakukan kerjanya semasa konsert secara langsung sebagai pengalaman "menakjubkan".

Nasihat untuk belia

Memberi nasihat kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang penterjemahan bahasa isyarat, Lim berkata seseorang itu mesti mempunyai keinginan yang tinggi untuk belajar dan memberi.

"Anda mesti mempunyai cinta dan bakat untuk bahasa, dan mempunyai selera yang besar untuk belajar dan memberi. Sebagai jurubahasa bahasa isyarat profesional, anda akan didedahkan kepada pelbagai jenis situasi,” katanya.

Ini termasuk pekerjaan rekreasi (contohnya, lawatan dan permainan), persidangan yang memerlukan pentafsiran untuk orang ramai atau pengguna maya, serta pentafsiran kesihatan, akademik dan undang-undang.

“Banyak persiapan yang perlu dilakukan dan memerlukan bacaan yang banyak. (Anda akan menjadi) seperti ensiklopedia berjalan! Awak mesti ada semua maklumat,” sindirnya.

[Baca laporan asal]