PN Pahang umum 18 portfolio tumpuan untuk pantau peranan Exco
Perikatan Nasional (PN) Pahang hari ini mengumumkan 18 portfolio tumpuan yang akan dibarisi oleh semua 17 wakil rakyatnya bagi ‘membayangi’ dan memantau peranan sepuluh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik pada 2 Dis lepas.
Pengerusi PN Pahang Saifuddin Abdullah berkata inisiatif itu merupakan usaha gabungan politik tersebut untuk memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkualiti dan konstruktif selain meningkatkan prestasi dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.
“Portfolio tumpuan ini bertujuan membayangi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh exco Pahang yang dilantik selain memainkan peranan semak dan imbang terhadap setiap exco.
"Setiap Adun PN mempunyai satu atau dua portfolio dan mereka akan memainkan peranan dengan mengetuai perbincangan mengenai portfolio masing-masing termasuk aduan yang diterima daripada rakyat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Adun dan ahli parlimen PN di Kuantan.
Dia berkata PN Pahang juga akan melantik penyelaras Parlimen dan DUN bagi kawasan gabungan itu tewas dalam PRU15.
BNdan PH bersetuju menjalin kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri selepas keputusan PRU15 menyaksikan DUN Pahang tergantung selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi.
Pada PRU15, BN dan PN masing-masing memperoleh 17 kerusi manakala PH memenangi lapan kerusi.
Berikut adalah senarai portfolio tumpuan yang diumumkan oleh PN Pahang:
Industri Asas Tani dan Bioteknologi - Adun Lanchang Hasan Omar
Pendidikan dan Kesihatan - Adun Chenor Mujibur Rahman Ishak
Hal Ehwal Agama - Adun Bukit Ibam Nazri Ahmad
Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli - Adun Tahan Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin
Kerja Raya dan Pengangkutan - Adun Pulau Manis Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan
Kerajaan Tempatan dan Perumahan - Adun Kuala Sentul Jasri Jamaludin
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau - Adun Cheka Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Komunikasi dan Multimedia - Adun Panching Mohd Tarmizi Yahya
Belia, Sukan dan Kebudayaan - Adun Lepar Mohd Yazid Mohd Yunus
Pelaburan dan Perindustrian - Adun Beserah Andansura Rabu
Sains, Teknologi dan Inovasi - Adun Damak Zuridan Mohd Daud
Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga - Adun Tanjung Lumpur Rosli Abdul Jabar
Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia - Adun Sungai Lembing Ayub Ashri
Perpaduan, Pelancongan dan Badan-badan Bukan Kerajaan - Adun Luit Mohd Sofian Abdul Jalil
Hal Ehwal Felda, Usahawan dan Koperasi - AdunJengka Shahril Azam Abd Halim
Ekonomi dan Peladangan, Komuniti - Adun Pulau Tawar Yohanis Ahmad
Sumber Asli, Tenaga dan Air - Adun Cheka Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Kewangan dan Tanah - Adun Kuala Semantan Hasanuddin Salim
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai