Skip to main
Logo Malaysiakini

Tiong King Sing letak jawatan dari syarikat balak

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Menteri Pelancongan Tiong King Sing telah meletak jawatan daripada syarikat perdagangan kayu yang berpangkalan di Sabah Timberwell Berhad semalam, menurut pengumuman syarikat itu di Bursa Malaysia.

Sehingga peletakan jawatannya semalam, Tiong, yang juga ahli parlimen Bintulu, ialah pengarah eksekutif dan pengarah urusan syarikat itu.

Pemfailan Timberwell kepada Bursa Malaysia menyatakan alasan peletakan jawatannya adalah "disebabkan komitmen peribadi lain."

Tiong, presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, dilantik sebagai menteri pelancongan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Disember.

Dia merupakan ahli politik kedua dalam pentadbiran Anwar yang telah melepaskan jawatan mereka dalam syarikat pembalakan baru-baru ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Sarikei Huang Tiong Sii telah meletak jawatan sebagai pengarah firma pembalakan MM Golden (M) Sdn Bhd pada 6 Dis lepas, yang dituduh terlibat dalam aktiviti pembalakan haram dan ugutan penduduk tempatan.

Huang melepaskan jawatannya tiga hari sebelum dilantik sebagai timbalan menteri sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim.