Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 405 kes baru, satu kematian dilaporkan

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Sebanyak 405 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,030,313.

Jumlah kes aktif sebanyak 11,394, turun 17.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru mengikut negeri:

Selangor (128)

Kuala Lumpur (50)

Pulau Pinang (32)

Sarawak (32)

Melaka (25)

Negeri Sembilan (21)

Johor (20)

Kedah (20)

Perak (19)

Pahang (16)

Sabah (14)

Terengganu (9)

Putrajaya (9)

Kelantan (5)

Perlis (3)

Labuan (2)

Satu kes kematian dilaporkan semalam, yang berlaku di Selangor.

Sejak minggu lepas, purata 2.6 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 4.4, yang menunjukkan aliran menurun.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,875 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Seramai 599 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 32 orang di unit rawatan rapi.