'Pembelot’ dalam kabinet Hajiji tak wakili Umno - Bung
Umno Sabah tidak mengiktiraf kabinet baru negeri dan mendakwa Ketua Menteri Hajiji Noor “membeli” lima wakil rakyatnya.
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata dua “pembelot”, iaitu anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Keramat Shahelmey Yahya dan James Ratib (Sugut) tidak mendapat kebenaran untuk menyertai kabinet Hajiji.
“Saya harap Hajiji tak menyebut bahawa mereka ini mewakili Umno sebab mereka bukan diiktiraf Umno untuk mewakili Umno dalam kerajaan negeri ini,” kata Bung Moktar kepada Malaysiakini.
Pagi ini, Hajiji merombak kabinetnya dengan membawa masuk dua Adun Pakatan Harapan Christina Liew (Api-api) and Phoong Jin Zhe (Luyang) dan James.
Bung yang juga timbalan ketua menteri digantikan dengan Shahelmey.
Rombakan itu dibuat beberapa hari selepas Umno Sabah menarik balik sokongan pada Hajiji.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagaimanapun berjaya mempertahankan kepimpinannya dengan sokongan lima Adun Umno dan tujuh Adun PH.
Sementara itu, Bung Moktar juga mendakwa lima Adun Umno itu disogok dengan jawatan menteri, timbalan menteri dan kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan.
Dia justeru menuntut menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat perkara itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai