Adun DAP: Hajiji lepas portfolio kewangan langkah 'progresif'
Menteri Sabah yang baru dilantik, Phoong Jin Zhe berkata keputusan Ketua Menteri Hajiji Noor untuk melepaskan portfolio kewangan yang disandangnya sebelum ini adalah satu langkah "progresif".
Mengambil maklum bahawa Hajiji adalah ketua menteri pertama Sabah berbuat demikian, Adun DAP itu berkata Pakatan Harapan telah mencadangkan sedemikian pada masa lalu.
“Saya rasa rakyat Sabah akan menyambut baik. Ini adalah satu langkah yang reformis komprehensif yang diambil oleh KM selepas berpuluh tahun akhirnya, kita capai sesuatu yang progresif.
“Sudah tentu di peringkat persekutuan, landskap dan dinamik politik adalah berbeza dengan di negeri,” katanya.
Hajiji merombak kabinetnya hari ini yang menyaksikan dia menyerahkan portfolio kewangan kepada sekutu yang dipercayainya, Masidi Manjun (GRS-Karanaan).
Phoong (PH-Luyang), Christina Liew (PH-Api api) dan James Ratib (BN-Sugut) telah dimasukkan ke dalam kabinet Hajiji hari ini manakala Bung Moktar Radin (BN-Lamag), Yakub Khan (BN-Karambunai) dan Jafry Ariffin ( BN-Sukau) digugurkan.
Rombakan ini diadakan selepas percubaan BN Sabah yang tidak berjaya untuk menggulingkan Hajiji pada Jumaat lalu dengan menarik balik sokongan 17 Adun mereka.
Lima Adun BN tidak mematuhi arahan supaya berpaling tadah manakala tujuh wakil rakyat PH berikrar menyokong Hajiji.
Pada Isnin lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim cuba campur tangan dengan mencadangkan kerajaan perpaduan. Walaupun BN dan Warisan kelihatan berminat, Hajiji tidak melayan cadangan tersebut.
Phoong berkata selepas rombakan itu, kerajaan Sabah masih boleh dianggap sebagai "kerajaan perpaduan".
"Saya percaya rakyat Sabah mahu keseluruhan episod ini tamat.
“Saya percaya walaupun ada yang mungkin tidak berpuas hati , namun secara peribadi saya menganggap ini sebagai kerajaan perpaduan," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai