Skip to main
Logo Malaysiakini

Jeffrey: PM puas hati dengan barisan kabinet baru Sabah

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Timbalan Ketua Menteri I Sabah Jeffrey Kitingan mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan barisan kabinet baru negeri itu.

"Ya ya, dia sudah menghubungi kami...ketua menteri (Hajiji Noor) malam tadi," kata Jeffrey ketika ditanya sama ada Anwar berpuas hati dengan barisan pentadbiran negeri yang baru dibentuk.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di hadapan istana negeri Sabah sejurus selepas majlis angkat sumpah jawatan kabinet negeri baru pagi tadi

Hajiji merombak kabinet negeri selepas sebahagian besar BN Sabah - diketuai oleh Bung Moktar Radin - menarik sokongan terhadapnya sebagai ketua menteri.

Langkah itu membawa kepada krisis politik di Sabah, dengan Anwar cuba memainkan peranan sebagai orang tengah - selepas Hajiji memperoleh majoriti sokongan Adun termasuk lima Adun BN.

Difahamkan Anwar telah mencadangkan kerajaan perpaduan ditubuhkan di Sabah, dan agar Hajiji berdamai dengan Bung.

Bagaimanapun, Bung - yang sebelum ini merupakan timbalan ketua menteri I - sebaliknya digugurkan daripada kabinet negeri.

Dua daripada lima Adun BN yang tidak mengikut jejak Bung kini berada dalam kabinet negeri.

Christina Liew dan Phoong Jin Zhe daripada Pakatan Harapan (PH) juga dilantik sebagai menteri Sabah.

Jeffrey berkata, barisan kabinet baru itu ‘lebih lengkap’ dengan penambahan seorang pemimpin wanita dan Adun PH.