Skip to main
Logo Malaysiakini

Nooryana akui ramai rasai kehilangan Najib

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Nooryana Najwa Najib mengakui dia melihat ramai orang yang merasai kehilangan bapanya ekoran ahli politik terbabit kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

Katanya suasana itu dianggapnya sebagai suatu kehilangan seorang pemimpin yang sangat setia kepada parti.

"Datuk Seri Najib punya first love (cinta pertama) memang Umno dan rakyat saja," katanya kepada media ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Dia turut hadir mengikuti persidangan Puteri Umno yang berlangsung secara serentak dengan pemuda dan wanita parti itu hari ini.

Terdahulu Ketua Puteri Umno Malaysia Zahida Zarik Khan menyamakan apa yang berlaku pada Najib dengan Hang Tuah apabila didakwanya kehilangan mereka hanya dikeluhkan selepas watak tersebut tiada.

Zahida juga berkata Najib memang menjadi senjata ampuh buat Umno-BN namun ia hanya disedari oleh pihak lawan sehingga mereka berusaha "melenyapkan" personaliti terbabit.

Nooryana berkata dia menghargai Zahida menyebut nama bapanya dalam ucapan dasar ketua Puteri Umno terbabit.

"Saya rasa memang ada ramai yang merasai kehilangan, perasaan kehilangan seorang pemimpin yang amat setia kepada parti," katanya.