Skip to main
Logo Malaysiakini

Apple potong 40% gaji CEO 

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Gergasi teknologi Apple memotong ganjaran ketua eksekutifnya Tim Cook lebih 40 peratus berdasarkan panduan pelabur selain atas permintaan Cook sendiri.

Dalam pendedahan kawal selia syarikat itu yang difailkan pada Khamis, sasaran pampasan Cook akan dikurangkan kepada AS$49 juta pada 2023 berbanding AS$84 juta pada 2022, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Antara perubahan lain, peratusan unit saham yang diberikan kepada Cook yang terikat kepada prestasi Apple akan meningkat kepada 75 peratus pada 2023 berbanding 50 peratus selain untuk tahun-tahun akan datang, kata syarikat itu.

Pada 2022, Cook menerima ganjaran berjumlah AS$99.42 juta termasuk gaji pokok, geran saham dan insentif berbanding AS$98.73 juta yang diterimanya pada 2021 dan AS$14.77 juta pada 2020.

Jumlah pampasan yang diterima Cook pada 2022 meliputi AS$3 juta gaji pokok, AS$82.99 juta pemberian saham, ganjaran pelan insentif bukan ekuiti sebanyak AS$12 juta dan pampasan lain sebanyak AS$1.43 juta.

- Bernama