Skip to main
Logo Malaysiakini

PM ucap takziah pada keluarga Ramesh Rao

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di pejabat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ramesh Rao yang meninggal dunia, awal pagi tadi.

Menerusi ciapan di Twitternya, Anwar turut berharap keluarga mendiang tabah dengan pemergiannya.

“Semoga dipermudahkan urusan keluarga,” katanya.

Ramesh Rao, 52, meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya, difahamkan akibat serangan jantung.

Pada 24 Dis lepas, Ramesh Rao yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri yang menjaga kepentingan dan permasalahan masyarakat India.

- Bernama