Skip to main
Logo Malaysiakini

Banjir diramal landa beberapa kawasan di Pahang, Johor pada 25 Jan

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia mengeluarkan amaran banjir diramal melanda beberapa kawasan di Johor dan Pahang bermula Rabu 25 Jan ini.

Ini susulan amaran hujan berterusan (Buruk) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 23 Januari 2023 dan hasil simulasi model ramalan banjir.

Di Johor, kawasan yang diramal terlibat ialah Kampung Kangkar Sungai Tiram di Johor Bahru manakala di Pahang membabitkan beberapa kawasan di daerah Rompin iaitu Felda Selancar, Kampung Tanam, Kampung Rekoh Baru dan sekitarnya.

PRABN juga memaklumkan banjir yang diramal boleh berlaku lebih awal atau lebih lewat dari masa yang dijangka.

"Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my/ atau https://www.facebook.com/jpsmalaysiaofficial dan Twitter@JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut," katanya pada satu kenyataan.