Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 142 kes baru, tiada kematian dilaporkan

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Sebanyak 142 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat wabak berkenaan meningkat kepada 5,034,972.kes.

Bagaimanapun tiada kes kematian dilaporkan semalam.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes aktif kini berjumlah 10,212, turun 10.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (53)

Kuala Lumpur (27)

Melaka (10)

Negeri Sembilan (10)

Johor (8)

Putrajaya (7)

Kedah (6)

Perak (4)

Terengganu (4)

Pahang (3)

Sarawak (3)

Kelantan (2)

Pulau Pinang (2)

Sabah (2)

Perlis (1)

Labuan (0)

Sepanjang minggu lalu, purata 2.6 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 sementara purata untuk 30 hari pula adalah 3.4 orang, menunjukkan trend penurunan.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,932 kematian direkodkan di seluruh negara.

Sementara itu seramai 337 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 16 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.