Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Kalau saya berubah…’

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

“Jika peribadi saya berubah, beritahu. Tiada jam mahal,” tegas menteri komunikasi dan digital yang baru dilantik Fahmi Fadzil.

Dia berkata demikian ketika mengulas perjalanannya daripada pembangkang kepada menteri dalam kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Karier politik Fahmi bermula pada 2010 dengan menyertai PKR dan menjadi setiausaha akhbar kepada bekas naib presiden PKR dan bekas anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar daripada tahun 2010 hingga 2013.

Mengulas berkaitan cabarannya menjawat pelbagai tugas –daripada menteri, anggota parlimen dan anggota PKR - Fahmi berkata dia berharap mempunyai masa lebih panjang.

“Saya harap ada 10 hari seminggu supaya saya dapat guna lebih banyak masa – banyak masa di Putrajaya seperti masa di Lembah Pantai.

“Kadangkala, tuntutan kerja memerlukan saya turun ke negeri-negeri untuk melihat sendiri apa yang berlaku di bawah,” kata Fahmi dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di pejabatnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

[Baca berita asal]