Skip to main
Logo Malaysiakini

Fahmi: Teknologi harus tangani jurang T20 dan B40

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Ekonomi digital berpotensi untuk melibatkan semua pihak jika terdapat kemudahan lebih baik selepas ketersambungan di kawasan luar bandar dipertingkat, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

“Kita perlu mempunyai liputan universal kerana kita mahu memastikan kita menghubungkan renggang antara bandar dan luar bandar, antara T20 dan B40,” katanya.

Pada September tahun lalu, 30,000 Orang Asli di Gua Musang, Kelantan dilapor akan mendapat faedah daripada pelaksanaan fasa satu Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Rancangan itu melibatkan pembinaan menara telekomunikasi dan kemudahan gentian optik di kampung mereka.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini. Fahmi, 42, berkata ketersambungan asas adalah cabaran yang digelarkannya sebagai “tiga peratus yang terakhir”.

“Di sini, cabarannya ialah untuk memastikan ada kemudahan, menghubungkan apa yang orang ramai mungkin fikir sebagai kawasan bukan ekonomikal.

“Oleh kerana sistem seperti teknologi satelit, kita boleh menangani beberapa isu,” katanya di pejabatnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

[Baca berita asal]