Lebih 700 mangsa banjir di dua negeri masih berada di PPS
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan
Seramai 757 mangsa banjir di Johor dan Sabah masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini.
Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan mangsa banjir di enam PPS berkurangan kepada 623 orang, berbanding 670 orang pada 8 pagi tadi.
Batu Pahat yang mengalami banjir termenung merekodkan 597 mangsa daripada 165 keluarga di lima PPS, manakala 26 orang daripada sembilan keluarga berada di sebuah PPS di Segamat.
Sungai Bekok di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.92 meter.
Di SABAH, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 134 orang daripada 40 keluarga yang dipindahkan ke satu PPS di daerah Beaufort.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai