Imbas kembali: Thomas temu bual Karpal, Sri Ram
Tahun 1980-an menyaksikan bayang-bayang yang memalukan terhadap sistem keadilan dengan penyingkiran mendiang Salleh Abbas sebagai ketua hakim negara. Allahyarham mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan ini menimbulkan kemarahan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.
Pemecatannya, yang disebut sebagai "krisis perlembagaan 1988", digambarkan sebagai "babak paling gelap dalam sejarah badan kehakiman Malaysia" oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.
Mengimbas kembali situasi pada pertengahan 1980-an, bekas peguam negara Tommy Thomas berkata pentadbiran keadilan, khususnya perkara berkaitan dengan pendakwaan dan perbicaraan jenayah, juga berada dalam krisis.
"Hampir saja tiada minggu yang berlalu tanpa skandal awam, diikuti dengan perbincangan awam dan rasa tidak puas hati," katanya kepada Malaysiakini.
Sepanjang tempoh itu, Thomas ialah ahli Majlis Peguam dan editor jurnal Badan Peguam Malaysia, Insaf.
“Saya teringat banyak perbincangan pada mesyuarat bulanan kami mengenai keadaan undang-undang dan prosedur jenayah negara.
"Atas latar belakang inilah Insaf memutuskan untuk mendapatkan pandangan pengamal undang-undang jenayah terkemuka kami,” katanya.
Thomas dan dua lagi ahli lembaga pengarang Insaf ketika itu telah menemu bual mendiang Karpal Singh dan Gopal Sri Ram.
“Malah kira-kira 40 tahun yang lalu, pemimpin utama ialah Karpal dan Sri Ram.
“Saya, bersama dua ahli lembaga pengarang, Ahmad Moosdeen dan Darryl Goon, menemu bual legenda Badan Peguam itu.
“Saya ingat ia bukan sahaja petang yang mengujakan, tetapi latihan intelek yang merangsang. Insaf keluaran September 1986 menerbitkan dialog kami.
"Pembaca boleh menilai berapa banyak yang telah berubah, dan berapa banyak lagi yang tiada perubahan, empat dekad kemudian," tambahnya.
Sri Ram, yang kemudiannya menjadi hakim Mahkamah Persekutuan, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru pada 29 Jan tahun ini.
Di bawah ialah wawancara penuh Insaf:
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai