Gempa bumi Turkiye: Pasukan negara selamatkan 5 mangsa
Pasukan penyelamat negara MAS-01 Smart berjaya menyelamatkan lima mangsa gempa bumi di kawasan runtuhan bangunan kediaman enam di Nurdagi di Gaziantep, Turkiye pada 2.20 petang waktu tempatan Sabtu (7.20 malam waktu Malaysia).
Komander Kontinjen MAS-01 Smart Mohd Khairul Jamil berkata mangsa yang diselamatkan terdiri daripada dua wanita, seorang lelaki dewasa serta masing-masing seorang remaja lelaki dan perempuan.
“Pasukan itu bergerak ke lokasi berkenaan yang terletak kira-kira 1.3 kilometer dari Stadium Nurdagi yang menempatkan kem pasukan pada 11 pagi (empat petang waktu Malaysia) dan berjaya mengesan lima mangsa terbabit pada saty tengah hari (enam petang waktu Malaysia) menggunakan peralatan khas,” katanya kepada Bernama.
Dia berkata MAS-01 Smart kini berusaha mengesan seorang bayi dan pihaknya juga telah menggerakkan pasukan kedua untuk ke lokasi sama bagi melakukan pencarian.
Katanya mangsa diserahkan kepada anggota paramedik tempatan bagi tindakan lanjut.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai