Skip to main
Logo Malaysiakini

Zahid: Jangan layan Ramasamy, biar DAP tangani

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas panjang lebar mengenai kenyataan pemimpin DAP P Ramasamy yang menggesa "monopoli Melayu" dalam perkhidmatan awam dipecahkan.

Sebaliknya, presiden Umno itu menyerahkan kepada DAP untuk menangano lenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu.

"Kita tidak patut melayan (Ramasamy). Biar kepimpinan partinya menangani masalah itu," kata Zahid pada sidang media di Kuala Lumpur.

Umno dan DAP - yang pernah menjadi seterus - kini bersama-sama dalam kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15.

Jumaat lalu, Ramasamy berkata di Facebook bahawa perkhidmatan awam memerlukan pembaharuan untuk memecah monopoli kaum tertentu dalam sektor perkhidmatan awam.

Kenyataan timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang itu menimbulkan kecaman termasuk gesaan daripada kalangan pemimpin PH agar DAP memecat Ramasamy.

Susulan itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pagi ini menggesa pemimpin parti itu supaya tidak menimbulkan polemik di negara ini.

Loke juga menyatakan bahawa parti itu akan berurusan dengan Ramasamy melalui "saluran dan pendekatan DAP sendiri".