Skip to main
Logo Malaysiakini

Kamu ingat boleh perintah selama-lamanya, soal Muhyiddin pada Anwar

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata akan terdapat tindakan balas terhadap tindakan kerajaan yang menyasarkan pentadbirannya.

Muhyiddin (PN-Pagoh) mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim (Pakatan Harapan-Tambun) cuba memfitnahnya dan Perikatan Nasional (PN), menjelang pilihan raya enam lagi negeri tahun ini.

"Ada akan tindak balas. Saya bagi amaran. Jangan main-main dengan sentimen rakyat, bukan kami di sini sahaja. 

“Rakyat berjuta-juta di luar sana melihat telatah kerajaan, pimpinan yang ada pada hari ini bersikap dengan niat jahat. 

Anwar Ibrahim

“Hanya ini yang saya cakap, ini tidak adil. Kamu fikir boleh bertahan selama-lamanya?” soalnya.

[Baca berita asal]