Palsu: Video tular gempa di Sabah, Sarawak Feb ini - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada kejadian gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada Isnin lepas dan semalam.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memberitahu pemantauan aktiviti seismik dan kejadian gempa bumi berterusan 24 jam sehari yang dijalankan jabatan itu tidak mengesan sebarang kejadian gempa bumi, seperti yang didakwa dalam sebuah video yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Oleh itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai tidak panik dengan video tular itu sebaliknya merujuk kepada sumber yang sahih.
Maklumat gempa bumi boleh dirujuk di semua laman media sosial MetMalaysia serta laman web rasmi di pautan www.mygempa.met.gov.my
Terdahulu, tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok mendakwa potensi berlakunya gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada 13 dan 14 Feb.
MetMalaysia dalam kenyataan sama turut memaklumkan sehingga kini tiada peralatan dan kaedah saintifik yang terbukti secara sahih dapat meramalkan kejadian gempa bumi sama ada bermagnitud kecil atau besar.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai