‘Jangan buat kesimpulan mereka adalah saksi ataupun suspek’
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan bahawa pihaknya sudah mengambil keterangan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berhubung siasatan ke atas projek Jana Wibawa dan akan memanggil bekas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam masa terdekat.
Justeru, katanya, untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung projek Jana Wibawa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan hari ini memaklumkan Zafrul akan dipanggil dalam masa terdekat.
Beliau turut mengesahkan bahawa pihaknya sudah mengambil keterangan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu.
Justeru, dia memberi amaran bahawa mereka yang disoal siasat supaya tidak membuat kesimpulan sendiri sama ada mereka adalah suspek ataupun tidak dalam sesuatu kes berkenaan.
“Siasatan sedang dijalankan dan adalah tidak wajar untuk individu yang dipanggil memberi keterangan membuat kesimpulan sendiri sama ada mereka dipanggil sebagai saksi ataupun suspek,” katanya.
Azam berkata mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009, pegawai suruhanjaya yang menyiasat kesalahan di bawah akta ini boleh memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berkaitan apa-apa perkara yang mungkin dapat, pada pendapat beliau, membantu siasatan.
"Mereka harus menunggu sehingga siasatan selesai sebelum memberi komen tentang siasatan oleh penguatkuasa," katanya.
Semalam, media melaporkan Muhyiddin adalah antara individu yang disiasat berhubung projek Jana Wibawa dan presiden Bersatu itu dilaporkan berkata SPRM memanggilnya untuk memberi kenyataan bukan sebagai suspek.
Meskipun Azam tidak menyebut secara spesifik, namun adalah dipercayai kenyataannya itu merujuk kepada Muhyiddin yang berkata dirinya satu-satu saksi dalam kes berkenaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai