APM tangkap ular tedung di rumah PM
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long, Kajang malam ini.
Koperal Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat Mior Norazlan Safian berkata empat anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.33 malam.
“Kejadian disedari seorang daripada lima anggota keselamatan yang sedang bertugas di pondok tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata anggota APM berjaya menangkap ular seberat 800 gram dengan panjang kira-kira satu meter itu dengan menggunakan peralatan khas.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai