Skip to main
Logo Malaysiakini

Turkiye gempa lagi: 6 maut, hampir 300 cedera

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

GLOBAL | Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 294 yang lain cedera dalam gempa bumi terbaru yang melanda wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada Isnin, lapor Xinhua.

Dua gempa bumi masing-masing berukuran 6.4 dan 5.8 pada skala Richter berlaku dua minggu selepas gempa bumi kuat menggegarkan wilayah yang sama pada 6 Februari lalu yang mengorbankan lebih 41,000 orang.

Gempa bumi pertama menggegarkan daerah Defne di wilayah itu pada kira-kira jam 8.04 malam waktu tempatan (1704 GMT) disusuli gegaran kedua tiga minit kemudian dengan pusat gempa di daerah Samandag, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan.

- Bernama