Wan Saiful mahu lepas jawatan ketua penerangan Bersatu
Wan Saiful Wan Jan yang berdepan dua pertuduhan rasuah RM6.9 juta semalam mengumumkan cadangannya untuk melepaskan jawatan sebagai ketua penerangan Bersatu.
“Sebenarnya saya mencadangkan saya digantikan dengan individu lain dalam parti kita yang layak yang boleh jalankan tugas dan tanggungjawab tetapi keputusan itu biarlah ditentukan oleh pimpinan atasan parti,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurut ahli parlimen Tasek Gelugor, hasrat itu telah dimaklumkan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Hamzah Zainudin selepas berdepan dengan tuduhan yang didakwa sebagai pendakwaan terpilih oleh kerajaan.
“Keputusan yang saya ambil ini adalah sesuai dengan prinsip integriti dan semangat yang saya junjung selama ini,” katanya sambil mendakwa “Kluster Mahkamah” bermaharajalela dalam kerajaan sekarang.
Katanya dia berhasrat mahu melepaskan jawatan itu sehingga namanya dibersihkan melalui proses perundangan.
Semalam, Wan Saiful dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan rasuah yang dikatakan ada kaitan dengan projek Jana Wibawa semasa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
Sementara itu, dia juga memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terus memburukkan namanya selepas ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai