Skip to main
Logo Malaysiakini

Polis sahkan terima permohonan Lynas untuk berhimpun

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan Lynas telah mengemukakan permohonan untuk mengadakan satu perhimpunan yang dijadualkan petang esok.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Zahari berkata polis akan membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah padang bola sepak berhampiran Dewan Orang Ramai Balok jika penganjur perhimpunan mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah.

“Tidak ada demonstrasi, mereka mahu berhimpun secara aman,” katanya.

“Kita akan benarkan (perhimpunan) sekiranya mereka mendapat kelulusan daripada tuan punya tanah,” katanya.

Awal hari ini, Sin Chew Daily melaporkan Majlis Perbandaran Kuantan, yang bertanggungjawab menngawal-selia Taman Rekreasi Air Balok di Kuantan, telah menolak permintaan Lynas untuk menggunakan taman awam di situ sebagai tempat perhimpunan.

Mengikut peraturan sedia ada, penganjur perhimpunan perlu mendapatkan persetujuan daripada pemilik atau pengurus tanah sebelum mereka boleh menyertai perhimpunan tersebut.

Sementara itu, notis memperincikan perhimpunan Lynas yang dijadualkan di padang bola sepak berhampiran Dewan Orang Ramai Balok di Kuantan esok antara jam 2.30 petang dan 4.30 petang, meluas tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, kesahihan notis itu tidak dapat segera disahkan.

Menurut notis itu, keputusan kerajaan untuk menghentikan operasi jabatan cracking and leaching (C&L) atau keretakan atau larut lesap akan menyebabkan mata pencarian ribuan orang dalam ancaman.

"Kakitangan Lynas Malaysia, ahli keluarga mereka, kontraktor, pembekal PKS, dan ahli masyarakat, termasuk ketua masyarakat di Balok menghantar rayuan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Khamis ini di Perhimpunan Rayuan Pekerja Lynas Malaysia dan Komuniti.

"Tanpa syak, keputusan itu akan menimbulkan kesan riak negatif dan paling dirasai oleh komuniti yang tinggal dan bekerja di sekitar loji itu.

"Menjelang keputusan rayuan, kedua-dua fakta sains dan impak sosial perlu difahami oleh orang ramai dan juga pembuat keputusan. Atas sebab ini, mereka yang terkesan secara langsung dengan keputusan berkenaan merayu kepada Perdana Menteri untuk menyelamatkan pekerjaan mereka,” kata notis itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang sebelum ini berkata bahawa Lynas boleh dapat mengekalkan loji C & L lesap mereka di Malaysia dengan syarat tiada bahan sisa radioaktif terdapat di negara ini.

Minggu lalu, kerajaan bersetuju untuk memperbaharui lesen Lynas dengan beberapa syarat, antaranya, memindahkan kemudahan C & L - yang menghasilkan sisa Penjernihan Lesap Air (WLP) radioaktif - keluar dari Malaysia sebelum Julai 2023.

Lynas mengecam syarat itu dan memberi amaran bahawa ratusan pekerjaan akan hilang perkerjaan jika mereka terpaksa menutup kemudahan C & L berkenaan.