Skip to main
Logo Malaysiakini

Zambry umum bertanding naib presiden Umno

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Zambry Abdul Kadir semalam mengumumkan dia menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti bagi penggal 2023-2026.

Zambry yang juga Menteri Luar memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook malam tadi.

“Saya dengan rasa rendah diri menawarkan diri untuk calon naib presiden Umno bagi pemilihan Umno penggal 2023-2026.

Saya mohon sokongan dan dukungan sahabat-sahabat semua,” katanya.

Pemilihan Umno diadakan bermula 1 Feb lepas hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan Umno Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan pada 1 hingga 26 Feb.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Pusat pula bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Umno Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.

-Bernama