Skip to main
Logo Malaysiakini

'Gubal undang-undang untuk beri peruntukan sama rata pada MP'

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pertubuhan masyarakat sivil dan seorang Adun Johor menggesa peruntukan sama rata untuk semua wakil rakyat dijadikan sebagai undang-undang supaya kerajaan tidak lagi mengikut kehendak mereka sesuka hati.

Pengerusi Bersih, Thomas Fann, Timbalan Pengarah Penyelidik Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Sri Murniati Yusuf dan Adun Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz berkata demikian semasa forum dalam talian Bersih malam tadi.

Sri Murniati berkata peruntukan kawasan untuk ahli parlimen datang daripada peruntukan khas perdana menteri, yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada rakyat.

“Ada keperluan jelas di peringkat tempatan untuk projek kecil yang disegerakan, seperti longkang tersumbat atau jika penyaman udara di masjid tidak berfungsi.

“Yang boleh memberi bantuan untuk tujuan itu agak cepat ialah pejabat MP, jadi pemberian peruntukan kepada penggubal undang-undang secara sama rata tidak harus bergantung kepada rundingan.

“Kita perlu menginstitusikan perkara ini. Kita perlu mewujudkan perundangan yang mewajibkan mana-mana kerajaan yang berkuasa menyediakan peruntukan ini kerana kita tahu ada keperluan untuk peruntukan seperti ini di peringkat tempatan,” katanya.

Fann berkata Bersih menggesa agar peruntukan sama rata diberikan kepada wakil rakyat sejak sekian lama dan mengatakan sudah tiba masanya kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melaksanakan perkara itu.

Sebab lain katanya adalah mengenai soal prinsip dan menuju kepada kematangan politik.

“Jika ia salah bagi kamu (Anwar) semasa jadi pembangkang, salah bagi kamu pada hari ini kerana tidak memberi peruntukan kepada pembangkang. Perlu ada prinsip.

“Sudah tiba masanya Malaysia melangkah ke tahap kematangan politik seterusnya.

“Kita perlu menamatkan 'yang menang ambil semua dan yang kalah tidak mendapat apa-apa'.

“Kita perlu menghormati pembangkang sebagai wakil rakyat yang dipilih dengan sewajarnya. Rakyat bukan hanya mereka yang undi mereka membentuk kerajaan,” kata Fann.

[Baca berita penuh]