Skip to main
Logo Malaysiakini

Gara-gara ‘badut’ - MP Pendang kena tendang dari dewan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, hari ini mengarahkan Awang Hashim (Perikatan Nasional-Pendang) keluar daripada Dewan Rakyat selama dua hari.

Ia susulan selepas Awang berulang kali mengganggu sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli walaupun menteri itu tidak memberi laluan kepadanya untuk mencelah.

Terdahulu dalam ucapan Rafizi, Awang dan beberapa ahli parlimen PN yang lain cuba mengganggu ucapan menteri itu. Meskipun diberi amaran oleh Johari bahawa mereka akan diarahkan keluar jika tidak menghiraukan amaran itu, namun ia tidak diendahkan.

Sesi penggulungan itu semakin tidak terkawal apabila ahli Parlimen Pandan menggelarkan Awang sebagai badut.

"Pendang kalau hendak jadi badut, boleh cari menteri lain berucap, bukan masa saya... saya ada benda penting nak sebut," katanya.

Rafizi: Tak boleh celah... duduk la. Pendang kalau nak jadi badut, boleh cari menteri lain berucap, bukan masa saya. Saya ada perkara penting nak sebut.

Awang: Ini sangka jahat... (melabelkan saya) badut.

Johari: Saya rehatkan Pendang untuk dua hari, keluar sekarang, hari ini dan esok, saya sudah beritahu awal kalau menteri tak beri masa dan tempat, Pendang jangan bangkit sebab menteri tak bagi, tapi dia bangkit juga.

Saya dah beritahu beberapa kali... saya dilihat tidak boleh mengawal dewan kerana rakyat hendak dengar apa yang kita bincang.

Johari Abdul

Rafizi juga menarik semula label badut itu selepas diminta oleh Johari.

[Baca berita penuh]