Skip to main
Logo Malaysiakini

Muhyiddin didakwa di mahkamah hari ini

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan.

Muhyiddin bakal menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Semalam, SPRM mengesahkan menahan presiden Bersatu itu pada 1 tengah hari selepas hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya.

Muhyiddin kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM kira-kira 8.20 malam.

SPRM sebelum ini telah membekukan akaun parti Bersatu dan beberapa individu termasuk Ketua Penerangan parti itu Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di mahkamah berkaitan projek Jana Wibawa.

- Bernama