Skip to main
Logo Malaysiakini

AG nafi berlaku pendakwaan terpilih, bermotif politik

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Peguam Negara Idrus Harun menafikan berlakunya "pendakwaan terpilih, bermotif politik dan penganiayaan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan" di bawah undang-undang.

"Keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain.

"Keputusan dibuat dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keaadilan yang sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan," katanya pada satu kenyataan melalui Jabatan Peguam Negara hari ini.

Peruntukan perlembagaan yang disebut kenyataan ini merujuk kuasa budi bicara Peguam Negara untuk membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding mengenai suatu kesalahan selain daripada prosiding di Mahkamah Syariah.

Kenyataan Idrus itu, susulan tuduhan beberapa pemimpin kanan PN bahawa kerajaan menggunakan agensi penguatkuasaan untuk menyerang musuh politiknya.

Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu Muhyiddin didakwa di mahkamah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram awal hari ini.

Bekas ketua penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan sebelum ini pula didakwa menerima rasuah RM6.9 juta dan meminta jumlah yang tidak ditentukan berhubung projek jalan raya RM232 juta yang dikaitkan dengan program itu.