Skip to main
Logo Malaysiakini

Bersatu sebulat suara, Muhyiddin kekal presiden - Wan Saiful

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Bersatu sebulat suara mahu Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden parti itu, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

Bercakap kepada pemberita, Wan Saiful Wan Jan menjelaskan kedudukan Muhyiddin berbeza dengan dirinya.

“Setakat ini kita sebulat suara menyatakan bahawa kita mahu Muhyiddin kekal sebagai presiden dan saya kena sebut bahawa (kedudukan presiden) berbeza dengan keduduakn saya.

“Saya adalah ketua penerangan yang dilantik, jadi, apabila dilantik maka saya rasa saya ada tanggungjawab untuk melepaskan tanggungjawab tersebut.

"Tapi, Muhyiddin adalah pemimpin yang dipilih oleh ahli dan ahli menuntut supaya Muhyiddin kekal sebagai presiden,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu, di Kuala Lumpur, hari ini.

Wan Saiful berkata demikian mengulas jika Muhyiddin perlu melepaskan jawatannya seperti mana yang dilakukan bekas ketua penerangan Bersatu itu.

Muhyiddin semalam meminta dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta.

Dia berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan terbabit atau RM10,000 yang mana lebih tinggi bagi pertuduhan salah guna kuasa.

Dia juga berkata dia akan mematuhi keputusan majlis tertinggi Bersatu berhubung kedudukannya sebagai presiden.

MPT Bersatu juga akan mengadakan perbincangan berhubung perkara itu petang ini di Taman Melewar, Gombak.

Sementara itu, usul mengenainya akan dikemukakan esok.