Rakyat sendiri kata kerajaan gagal, dakwa Muhyiddin
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mendakwa rakyat Malaysia sendiri menggelarkan kerajaan perpaduan PH-BN sebagai kerajaan gagal.
Kata ahli Parlimen Pagoh itu, tiada kejayaan besar dicapai kerajaan selepas 100 hari mentadbir negara, melainkan mendakwa dirinya di mahkamah.
“Bukan kita yang kata mereka gagal. Tetapi rakyat yang kata.
“Mungkin kejayaan mereka yang paling besar setakat ini ialah mendakwa saya di mahkamah. Itu sajalah. Yang lain, yillek (tidak ada),” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke-5 di Menara PGRM, Kuala Lumpur, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata jika begitulah cara perdana menteri dan kabinet mengurus negara, dia yakin kerajaan hari ini akan terus mendapat markah gagal sepanjang masa.
“Apabila tiba PRU ke-16 - atau berkemungkinan juga sebelum itu - mereka akan jadi drop-out.
“Walaupun mereka ada majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi mereka sebenarnya tidaklah sekuat mana.
“Parti-parti yang membentuk kerajaan pun adalah strange bed fellows,” katanya.
Menurut Muhyiddin, apa yang berlaku dalam pentadbiran negara hari ini jelas berbeza dengan kepimpinannya sebelum ini.
Walaupun namanya kerajaan perpaduan, dakwa Muhyiddin, tetapi mereka tidak bersatu.
"Kita boleh nampak kerapuhan hubungan mereka apabila mereka berbalah sesama sendiri di Parlimen. Ini rakyat pun boleh nampak.
“Jadi, saya nak pesan kepada 'sang penguasa' di Putrajaya, berpada-padalah. Jangan terlalu rakus menggunakan kuasa mengikut hawa nafsu dan dendam kesumat. Tidak ada kuasa yang kekal melainkan kekuasaan Allah SWT,” tambahnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai