Jana Wibawa: 'Datuk Roy' serah diri pada SPRM
Individu yang dikehendaki SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dilaporkan menyerahkan dirinya hari ini.
Menurut NST, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata individu itu, Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, yang juga dikenali sebagai ‘Datuk Roy' petang tadi.
Terdahulu, Bernama melaporkan suruhanjaya itu sedang mengesan seorang lelaki dan orang awam yang memiliki maklumat berkaitan untuk tampil ke depan.
Laporan itu juga menyatakan lelaki itu merupakan perancang utama dalam kes rasuah berkenaan.
Setakat ini tiga ahli politik telah didakwa berkaitan kes Jana Wibawa, iaitu bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad.
Program Jana Wibawa dilancarkan pada 2020 sebagai inisiatif untuk membantu kontraktor bumiputera yang terjejas akibat wabak Covid-19.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai