Menteri arah Jawi bantu polis siasat himpunan Hari Wanita
Menteri Hal Ehwal Agama Na'im Mokhtar mengarahkan Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membantu polis dalam siasatan berhubung perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita yang berlangsung pada Ahad.
Na'im berkata, Jawi tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti yang ditetapkan dalam undang-undang.
"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menasihatkan semua pihak agar akur dan menghormati kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Apa-apa usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan adalah tidak boleh diterima sama sekali," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Na'im tidak menamakan perarakan itu, tetapi menamakan tempat ia berlangsung - di hadapan pusat beli-belah Sogo dan di Dataran Merdeka - dan berkata bahawa himpunan itu berlaku baru-baru ini.
Polis sedang menyiasat perarakan berkenaan di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Perarakan sempena Hari Wanita bertujuan untuk mengumpulkan orang ramai untuk menyeru kesaksamaan jantina, keadilan dan penamatan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.
Bagaimanapun, bendera pelangi dan plakad pro-LGBT turut dilihat pada himpunan itu dan menjadi tumpuan kecaman.
Beberapa akaun media sosial pro-Perikatan Nasional juga telah menggunakannya untuk mengkritik kerajaan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan LGBT tidak akan diiktiraf oleh kerajaannya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai