TPM: Lantikan politik dalam GLC ditapis sekretariat K'jaan Perpaduan
Lantikan ahli atau profesional mewakili parti politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah di bawah pengetahuan dan tapisan Sekretariat Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata setiap parti yang membentuk kerajaan akan melakukan perundingan di bawah sekretariat itu terlebih dahulu sebelum sebarang pelantikan dimuktamadkan.
"Bagi mengelak konflik, kita melakukan perundingan malah sebelum sesuatu pelantikan dibuat sekretariat ini akan memperincikan dahulu latar belakang individu berkenaan.
"Ini dibuat agar tokoh-tokoh mewakili parti politik yang diketengahkan mempunyai pengalaman dan latar belakang yang mampu menguatkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengenalan Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi sempena Pemilihan Umno sesi 2023-2026 peringkat negeri Pahang, dekat Bentong hari ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai