Skip to main
Logo Malaysiakini

Rasuah: Bekas pengurus badan berkanun direman 6 hari

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Seorang bekas pengurus besar sebuah agensi badan berkanun kerajaan persekutuan direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM47,000 berkaitan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Pre Prihatin) dua tahun lepas.

Perintah reman sehingga Isnin depan (20 Mac) terhadap lelaki berusia 41 tahun itu dikeluarkan majistret Nabilah Nizam selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, lelaki itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di Melaka berpakaian lokap diiringi pegawai SPRM pada sembilan pagi, selepas ditahan ketika memberi keterangan di pejabat agensi itu antara 10 hingga 10.30 malam tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun.

-Bernama