Skip to main
Logo Malaysiakini

Wan Rosdy dahului saingan naib presiden Umno

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail setakat ini mendahului perebutan jawatan naib presiden parti.

Setakat jam 5 petang, Wan Rosdy mendahului dengan lapan undi bahagian.

Dia diekori penyandang kerusi berkenaan, Mohamed Khaled Nordin dengan tujuh undi dan pencabarnya, Johari Abdul Ghani yang mendapat enam undi bahagian.

Sementara itu, satu-satunya calon wanita yang betanding bagi jawatan itu Azalina Othman Said setakat ini meraih empat undi bahagian.

Dua lagi calon yang turut bertanding bagi jawatan tersebut Reezal Merican menerima lima undi bahagian manakala Hasni Mohammad dengan satu undi bahagian.

Dalam pada itu, seramai 25 calon yang bersaing bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mendahului dengan masing-masing meraih enam undi bahagian.

Mereka ialah Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ahmad Maslan, Dr Shamsul Anuar Nasarah, Dr Ir Shaik Hussien Mydin, Dr Zambry Abdul Kadir, Abdul Aziz Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Bung Mokhtar Radin, Azian Osman, Abdul Razak Abdul Rahman, Mohamad Fatmi Che Salleh, Shahaniza Shamsudin, Abdul Razak Abdul Rahman memperoleehi lima undi bahagian.

Isham Jalil, Mohd Shakar, Lokman Nor Adam, Mohd Puad Zarkashi, Abdul Rahman Mohamad, Ahmad Jazlan Yaakub, Ahmad Said, Mohd Razlan Rafii, Mohd Shafie Abdullah mendahului empat undi bahagian.

Jalaluddin Alias, Alwi Che Ahmad, Johan Abdul Aziz, Zakaria Dullah dan Abdul Rahman Dahlan dengan tiga undi.