Skip to main
Logo Malaysiakini

Acara Thai Hot Guy tiada lesen hiburan - pegawai Anwar

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan jika terdapat pelanggaran peraturan dan syarat oleh penganjur acara kontroversi melibatkan “Thai Hot Guy”.

Setiausaha politik perdana menteri Azman Abidin berkata siasatan awal DBKL mendapati lesen restoran syarikat itu tamat dua tahun lalu.

“Premis itu juga tidak mempunyai lesen hiburan dan juga tiada sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri menerima laporan berkenaan acara anjuran Privacy Club di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.

PAS pagi ini menggesa pihak berkuasa terutamanya DBKL menimbang semula kebenaran untuk acara pembukaan sebuah kelab malam pada 30 Mac ini.

Acara itu antara lain menampilkan lelaki sasa Thai berpakaian dalam wanita yang digelar sebagai Thai Hot Guy.

Setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan berkata acara itu "keterlaluan, tidak sensitif, tidak bermoral, malah menjijikkan", apatah lagi ketika Ramadan.

PAS juga juga tidak puas hati dengan penggunaan nama bekas perdana menteri kedua Tun Razak oleh kelab itu.