Mangsa banjir Batu Pahat 419 orang pagi ini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan
Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 419 orang setakat 8 pagi berbanding 439 orang pada 8 malam tadi, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
JPBN menerusi kenyataan memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi dengan menempatkan 113 keluarga.
Lima PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan Seri Medan yang menempatkan 209 orang; Sekolah Agama (SA) Seri Bertam (enam orang); Dewan Orang Ramai Yong Peng (129 orang); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (21 orang) dan SA Seri Comel (54 orang).
JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 19.00 meter, manakala cuaca di kesemua 10 daerah dilaporkan cerah pada pagi ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai