263 mangsa banjir di Batu Pahat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan kepada 263 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 343 mangsa yang direkodkan pada 8 malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi ketika ini.
PPS Sekolah Kebangsaan Seri Medan (130 orang), Dewan Orang Ramai Yong Peng (79 orang), SA Seri Comel (35 orang) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (19 orang).
"Sri Medan, Yong Peng, Parit Yaani dan Senggarang adalah kawasan Dewan Undangan Negeri di daerah itu yang masih terjejas banjir sehingga kini," menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini.
JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 18.96 meter manakala cuaca di kesemua 10 daerah di negeri ini dilaporkan cerah pagi ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai