Polis bantu MCMC perkasa penguatkuasaan kandungan media sosial
Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan ditempatkan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai usaha memperkasakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan berkaitan kandungan di media sosial.
MCMC dalam hantaran di Facebook hari ini, memaklumkan penempatan pegawai polis berkenaan di agensi itu bakal memantapkan keupayaan dan kepakaran kedua-dua agensi penguatkuasaan bagi tujuan risikan, siasatan dan pendakwaan.
Menurut agensi itu, keputusan berkenaan dipersetuju menerusi pertemuan antara Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan, hari ini.
“Pertemuan itu membincangkan berkenaan keperluan memperkasakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung kandungan media sosial berkaitan bangsa, agama dan institusi diraja (3R).
“Pemerkasaan kerjasama sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa serta mengambil kira keperluan terkini dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang negara,” menurut MCMC.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai