Skip to main
Logo Malaysiakini

'Umno, PH N Sembilan mula bincang elak pertembungan kerusi'

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Umno Negeri Sembilan telah mengadakan perbincangan awal dengan PH negeri bagi mencari persefahaman menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) terutama membabitkan pembahagian kerusi.

Pengerusi Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berkata ia bagi memastikan tidak ada sebarang pertembungan kerusi antara PH dan BN sekali gus memastikan dapat memenangi kesemua 36 kerusi DUN.

“Semalam saya dah jumpa Menteri Besar Aminuddin Harun untuk kali pertama..kita cari titik persefahaman supaya kerusi Umno dan BN tidak bertembung dengan PH dalam PRN, secara prinsipnya itu yang harus kita tumpu, insya-Allah akan dapat buat keputusan dalam waktu terdekat," katanya.

Dia yang juga ahli parlimen Jelebu berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno negeri di, Seremban, semalam.

Mengenai calon ‘poster boy’ menteri besar di negeri itu, Jalaluddin berkata perkara itu akan ditentukan kepimpinan tertinggi parti-parti dalam kerajaan perpaduan.

- Bernama