Pakar psikiatri di Rom maut diserang bekas pesakit
GLOBAL | Seorang pakar psikiatri meninggal dunia di sebuah hospital di Pisa, Rom selepas diserang oleh bekas pesakitnya, lapor Ansa.
Barbara Capovani yang bertugas di Hospital Santa Chiara sebagai ketua unit Perkhidmatan Psikiatri cedera parah selepas dipukul di kepala berulang kali oleh Gianluca Paul Seung.
Ketika kejadian Capovani sedang membuka kunci basikalnya dan hendak pulang selepas shiftnya tamat pada Jumaat.
Polis menahan Seung di rumahnya pada malam Sabtu atas tuduhan cubaan membunuh. Capovani pernah merawat Seung pada 2019.
Suspek mempunyai rekod berkelakuan ganas dan mempunyai perasaan kurang senang terhadap Capovani.
Insiden itu adalah yang terkini dalam siri serangan terhadap profesional perubatan selepas kejadian terbaru di Chioggia dan Lodi.
Menurut data kesatuan doktor dan pengarah perubatan, Anaao-Assomed, pakar psikiatri ialah kategori profesional perubatan yang sering mengalami serangan iaitu sebanyak 34 peratus, diikuti oleh kakitangan jabatan kecemasan sebanyak 20 peratus.
- Bernama-Ansa
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai