Skip to main
Logo Malaysiakini

BN sebulat suara pertahan Kerajaan Perpaduan

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

BN sebulat suara bersetuju untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai gabungan itu, kata Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir.

"Dewan Tertinggi BN sebulat suara bersetuju mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai oleh BN.

"BN komited untuk bersama-sama membangunkan agenda polisi rakyat terus dilaksanakan," katanya pada kenyataan malam tadi selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur.

Zambry berkata, BN mahu kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Anwar Ibrahim meneruskan agenda membantu rakyat.

Katanya, Dewan Tertinggi BN telah mengadakan mesyuarat agung tahunan yang dihadiri semua parti-parti komponen BN.

Dewan Tertinggi BN juga telah dimaklumkan secara mendalam persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

"Dewan Tertinggi BN juga telah dimaklumkan secara mendalam persiapan parti menghadapi pilihan raya enam negeri, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

"Perbincangan juga melibatkan model kerjasama di antara BN bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.