Skip to main
Logo Malaysiakini

Umno lantik Ku Li sebagai penasihat - Laporan

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Umno dilaporkan melantik tokoh veterannya Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penasihat parti.

Menurut laporan Free Malaysia Today, seorang pemimpin bahagian Umno yang enggan dinamakan mendakwa pelantikan Tengku Razaleigh dibuat semasa mesyuarat yang dihadiri pucuk pimpinan tertinggi parti.

Pertemuan itu dipercayai berlangsung awal hari ini di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur.

Laporan itu menyebut Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya Mohamad Hasan, dan tiga Naib Presiden Umno iaitu Khaled Nordin, Wan Rosdy Wan Ismail dan Johari Ghani antara yang hadir di mesyuarat itu.

Sumber yang dekat dengan presiden Umno turut memaklumkan tentang pelantikan itu kepada Malaysiakini.

Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, gagal mengekalkan kerusi parlimen Gua Musang untuk penggal ke-12 berturut-turut pada PRU15.

Dia tewas kepada calon PN Azizi Abu Naim dengan perbezaan hanya 163 undi.