Skip to main
Logo Malaysiakini

Wee: Dulu lawan kini kawan, hati rakyat perlu ditawan

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Presiden MCA Wee Ka Siong menyeru supaya BN dan PH melupakan perseteruan politik mereka selama beberapa.

"PRU ke 15 sudahpun berakhir dan pertempuran politik juga sudahpun berlalu.

"Apa yang penting, ialah 'move on' (bergerak ke depan) bagaimana kita mahu membina negara pasca PRU15," katanya ketika berucap pada konvensyen kerajaan perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di Kuala Lumpur hari ini.

Wee turut menjelaskan BN dan PH "dulu lawan kini kawan."

"Tak kisah lawan atuapun kawan yang penting hati rakyat perlu ditawan," kata Wee lagi.

Terdahulu, pada Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan awal hari ini, Ketua Wanita DAP Chong Eng (gambar, atas) turut menyuarakan sentimen serupa.

"Dulu kita lawan sekarang kita kawan untuk Malaysia yang lebih baik," katanya.

Sementara itu, pemimpin DAP Gobind Singh Deo ketika berucap selepas Wee, berkata dia bersetuju dengan presiden MCA itu bahawa mereka pernah menjadi seteru politik tetapi sekarang bekerjasama demi kestabilan negara.

Katanya, parti pemerintah sekarang telah berjaya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, selepas bertahun-tahun ketidaktentuan politik.

Menurutnya lagi, jika kerjasama ini semakin ampuh maka ia wajar diteruskan untuk masa akan datang.

"Kita tidak hendak menang untuk lima tahun. Kita nak menang seterusnya...kita bukan saja kukuhkan diperingkat pemerintahan, tapi juga di luar (ahli parti) sana.

"Saya yakin kerajaan ini bukan untuk lima tahun tapi untuk pilihan raya umum yang akan datang," katanya lagi.