Pengasas Abim meninggal dunia
Presiden pertama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang juga pengasasnya, Razali Nawawi meninggal dunia di usia 83 tahun hari ini.
Menurut akaun Facebook rasmi Abim, allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.45 pagi di Hospital Pakar An-Nur, Selangor.
Urusan jenazah akan diuruskan di Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi dan solat jenazah dijangka selepas solat Zuhur.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menziarahi Razali sewaktu terlantar uzur turut mengucapkan takziah atas pemergian arwah.
Anwar yang juga presiden Abim selepas Razali berkata pemergiannya itu menyedihkan memandangkan dia merupakan seorang guru dalam perjuangan penuh berliku.
“Beliau merupakan salah seorang penjana dan pendiri Abim yang gigih bersama-sama saya dan rakan-rakan yang lain, selain sebagai antara guru dalam perjuangan yang penuh liku ini.
“Saya sempat menziarahi beliau minggu lalu yang sedang uzur.
“Semoga Allah merahmati rohnya dan memaafkan semua kesalahannya. Mendoakan keluarga dan insan tersayang yang ditinggalkan tabah dan dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Arwah pernah berkhidmat di Dekan Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa dari tahun 1983 hingga 1993.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai