Skip to main
Logo Malaysiakini

Penampakan UFO di Turkiye: Penerbangan digantung 12 jam

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

GLOBAL | Sekurang-kurangnya 18 penerbangan digantung selama 12 jam susulan penampakan UFO yang didakwa dikesan oleh radar pesawat penumpang di tenggara Turkiye pada Sabtu, lapor Anadolu.

Radar sebuah pesawat yang tiba di lapangan terbang pada tengah malam mengesan objek tidak dikenal pasti itu pada 2743.2 meter (9,000 kaki) di bandar Gaziantep, kata pihak berkuasa.

Selepas menerima laporan juruterbang, unit kawalan trafik udara mengarahkan penerbangan yang dijadual tiba mendarat di lapangan terbang di bandar Adana dan Sanliurfa.

- Bernama-Anadolu